Cerita hantu Diana Natasha :*

Hello and assalamualaikum semuaa :**

Harini Ana nak cerita pasal hantu Diana natasha ni, cerita dia boleh jugak ah seram. Okay ni cerita dia..

 Nama aku Nuramelia bt muhd zakry. Aku lebih gemar dipanggil 'lia'. K umur aku 17 tahun. Tahun ni aku spm. Jadi aku kena lah bersengkang mata setiap malam sebab nk study. Kalau ikut kan aku 10 bulan tak cukup untuk aku mengulangkaji untuk spm ni. Jadi aku kena lah manfaatkan masa yg Ada ni. Okay berbalik kepada cerita. Pada suatu hari, aku mengulangkaji dgn kawan di Mcdonald. Sampai ke pagi. Dalam pukul 9 malam hingga lh 1pagi. Lama bukan? Tapi bagi aku sgt sekejap. Mari aku ceritakan.


Selepas mengulangkaji aku berbincang dgn kawan2 aku mereka mahu pulang menaiki apa. Blablabla lepas kami dh berbincang kawan aku decided nk balik naik kereta mak diorang. Mak diorang jemput. Aku plk decided nk berjalan kaki je memandangkan rumah aku dekat je dari sini. Jika nak balik rumah dlm masa yg singkat Dan dekat aku kena lalu sebelah kubur. Kalau tak kena lalu dijalan raya lah jawabnya. Jadi memandangkan skrg dh pukul 1.30pagi aku membuat keputusan utk lalu jalan shortcut. 


Masa aku lalu Jln ni takda org lgsg. Yelah skrg dh pukul 2 mestilah diorang dah buat PETA kat bantal. Alahai susahnya jadi bdk spm ni. Kena study sampai pagi. Aku harp lh usaha aku ni boleh membawa kejayaan hingga kemanara gading. Tanpa disedari aku tersenyum sorang2 dan malangnya aku tersadung dan jatuh di sebelah betul2 sebelah kubur. Bulu roma aku dah meremang. Seram sejuk. Tiba2 ada seorang prmpuan bertanya kpd aku. "adik tak apa2?" prmpuan ni lawa, wangi, pakai tudung baju putih kurung. "eh, saya okay. Cuma tadi tersadung" aku melemparkan senyuman. Aku juga pelik masakn dia nak melawat kubur waktu2 mcm ni? Jangan jangan dia... Ahh pedulikan! Lalu wanita itu memperkenalkan diri dia sebagai "cik siti". Belum sempat aku menjawab dia sudah beredar. Aku dengan pantas berlari laju menuju ke rumah.


"kenapa lia balik lambat? Dah pukul 3.30 ni lia !!" mak memarahi aku. Lalu aku menyuruh mak duduk untuk mendengar apa yg hndk aku ckpkan. Aku menceritakn kejadian dikubur tadi. Dari A sampai Z. Takda satu pun yg tertinggal. "cik siti?!" mak seakan2 terkejut mendengar cerita aku tadi. "ye mak, cik siti. Orangnya lawa, wangi, berbaju kurung putih dan bertudung. Mak kenal?" mak tidak menjawab. Mendiamkan diri. Lalu menyuruh aku masuk tidur dgn pertanyaan yg tergantung mcm tu je. Aku dgn hampa bertapak masuk kedalam bilik.
Aku tidak lena tidur. Kejap2 terjaga. Peluh muka menitik didahi ku. Aku tiba2 jadi seram sejuk. Bulu roma aku mula meremang bila memikirkan tentang kejadian yg berlaku tadi. Lama kelamaan mata aku mula mengecil dan tertutup. Lena. Mak mengejutkan aku untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai bersolat subuh aku rasa badan aku sejuk semacam. Leherku panas. Sah aku demam! Aku memberitahu mak yg aku tidak dpt pergi ke sekolah memandangkan bdn ku lemah dan tidak sihat. Mak mengizinkan tetapi harini mak kerja jadi aku kena berseorangan lh dirumah. Aku mula rasa ada sesuatu yg tidak baik akan berlaku. Aku merayu kpd mak supaya skip je kerja dia untuk harini shja. Tapi mak berkeras mahu bekerja. Aku terpaksa akur.
*toktoktok* pintu diketuk dari luar rumah. Aku didalam bilik tidak mendengar apa2.Lalu pintu bilk ku diketuk bertalu-talu. Aku dgn lemah membuka pintu bilikku. *pintu bilik terkuak* tapi tiada org. Telefon bimbitku berdering. aku menjawab "hello" *tututuutt* talian tamat. Tiba2 pintu rumahku plk yg diketuk oleh entah siapa2 yg aku tidak dpt meneka. aku dgn pantas menuju ke pintu dan membuka pintu perlahan2 untuk mengelakkan sesuatu buruk berlaku. bila dibuka tiada siapa. aku jadi seram sejuk entah untuk yg keberapa kali. aku menutup pintu. mengunci. lalu berlari kebilik dgn perasaan yg hairan. pintu diketuk tapi tiada sesiapa. pelik. aku menguncikan diri didalam bilik.
*azan maghrib berkumandang* menandakan tamatnya waktu solat asar dan bermulanya waktu solat maghrib. selalunya mak dan ayah akan pulang selepas maghrib. mak ada pesan tadi yg dia mungkin akan pulang lewat sedikit. jadi aku mengambil peluang ini dgn mengulangkaji pelajaran. selepas beberapa minit pintu rumahku diketuk. aku mengagak yg itu mungkin mak dan ayah. selepas membuka pintu, jantungku seakan-akan gugur. berdebar. takut. pelik. kini semua itu bercampur baur. yg berada didepan ku skrg ialah seorang wanita yg cantik, wangi, berbaju kurung putih dan bertudung. aku berfikir semula. mcm pernah nmpk sebelum ni. tapi dimana? selepas beberapa saat berfikir aku mndpt jawapannya. 'cik siti!!!' Ya Allah kenapa dia berada disini. dia tersenyum kpdaku. lalu meminta izin untuk masuk kedalam rumahku. kaki ku mula bergetar. selepas beberapa minit berborak dgnnya tiba2 air ditanganku terlepas dari tangan. ahh cuainya aku. lallu aku beredar mengambil kain buruk didapur. dan mengelap lantai yg dibasahi air sirap. semasa aku hendak mengambil cawan dilantai yg terjatuh tadi. aku mencangkung dan terpandangkan kaki cik siti yg tidak memijak lantai ketika berdiri. jantungku mula berdegup kencang. gugur. takut. aku rebah. tidak sedarkan diri.
terdengar orang memanggil namaku dgn panggilan 'lia' aku membuka mata sedikit demi sedkit. mak sedang memanggil namaku. aku mula berasa lega. apabila teringatkan balik peristiwa tadi aku menjadi lemah. takut. menggigil. mak pelik melihatku. semasa mak balik tadi pintu tertutup rapat bila buka je pintu mak telihat sekujur tubuhku terlantang kaku. aku mula menceritakan kepada mak kejadian tadi. seperti biasa dari A sampai Z. mak terkejut lalu mak pula menceritakan siapa cik siti itu.
selepas beberapa hari aku sudah sembuh. Alhamdulillah. aku menceritakan kejadian start dari pulang daripada mcdonald tu hingga ke kejadian yg berlaku beberapa hari yg lepas. rupa-rupanya cik siti tu dah meninggal dunia sebulan yg lepas. kerana accident. kawan2ku seperti tekejut bila mendengarkan apa yg berlaku kpd aku. tidak percaya mugkin. selepas kejadian itu, cik siti tidak lagi muncul.
Tamaaat! Macam mana cerita dia? Seram? Best kan? Okay ah sampai sini je Ana nak post :3 Byebye semuaa takecare iloveyou muah muah :* <3